Home Nasional R-naught Covid-19 negara naik 1.16

R-naught Covid-19 negara naik 1.16

KUALA LUMPUR – Kadar kebolehjangkitan (R-naught)  Covid-19 di Malaysia kembali mencatatkan peningkatan kepada 1.16 semalam berbanding 1.14 hari sebelumnya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sr Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan lima negeri mencatatkan kadar R-naught melebihi purata kebangsaan.

Menerusi perkongsian data di status Facebooknya, Putrajaya catat kadar tertinggi dengan 1.35 diikuti Terengganu, Selangor, dan Pahang.

Sementara itu, lapan negeri mencatatkan kadar di antara 1.02 dan 1.11 yang terdiri daripada Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Melaka, Sabah, Negeri Sembilan, Johor, Perak dan Kelantan.

Kelantan dan Labuan pula mencatatkan R-naught di bawah 1.0 negara manakala Perlis kekal dengan sifar kes.

R-naught terendah yang pernah direkodkan negara tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu.

Manakala yang tertinggi dicatatkan adalah 1.21 pada 23 Mei lalu.

Nilai R-naught merujuk kepda tahap kebolehjangkitan sesuatu virus iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif. – MalaysiaGazette