Home Dunia Beratus-ratus warga Afghanistan melarikan diri ke Tajikistan

Beratus-ratus warga Afghanistan melarikan diri ke Tajikistan

DUSHANBE – Kira-kira 350 pelarian Afghanistan melintasi sempadan Tajikistan bagi melarikan diri daripada pejuang Taliban berikutan pengunduran tentera asing.

Pengawal sempadan di negara bekas Soviet itu berkata, mereka yang melarikan diri termasuk 177 kanak-kanak dan dua bayi telah meninggal dunia semasa mengharungi penjalanan ke negara yang bergunung ganang dan miskin itu.

Kumpulan Taliban bertali arus menyerang warga Afghanistan yang menyeberangi sempadan.

Pada awal bulan ini lebih 1,000 tentera kerajaan melarikan diri ke Tajikistan selepas kumpulan Taliban menawan sempadan di negara tersebut.

Sejak beberapa minggu ini, kumpulan militan itu menguasai kawasan yang besar berikutan pengunduran tentera asing, termasuk kawasan sempadan utama dengan Tajikistan, Shir Khan Bandar.

Pengawal sempadan berkata, pelarian yang merangkumi 64 kanak-kanak lelaki dan 113 budak perempuan melintasi daerah Badakshan, dengan membawa haiwan ternakan.

Sebelum ini, Tajikistan menimbang untuk mewujudkan kem bagi pelarian Afghanistan, lapor Reuters pada awal bulan ini. – MalaysiaGazette