Home Sukan Gianluigi Donnarumma sah milik PSG

Gianluigi Donnarumma sah milik PSG

Donnarumma diperkenalkan secara rasmidalam jersi rasmi PSG musim 2021/22 Ligue 1 Perancis selepas melengkapkan perpindahan secara percuma dari AC Milan.

PARIS – Paris Saint Germian (PSG) melengkapkan perpindahan penjaga gol Itali, Gianluigi Donnarumma secara percuma dari AC Milan.

Pemain berusia 22 tahun tersebut menyertai kelab Ligue 1 itu selepas dipilih menjadi pemain terbaik final Euro 2020 pada pertembungan dengan England pada Ahad lalu.

Donnarumma menyelamatkan dua sepakan penalti bagi membantu Azzurri merangkul piala berprestij itu.

Donnarumma difahamkan telah menandatangani kontrak selama lima tahun bersama PSG.

Pemain itu tidak melanjutkan kontrak dengan AC Milan bagi memebri laluan kepada perpindahan ke PSG dalam menghadapi  cabaran baharu.

“Saya mahu menambah sebanyak mungkin koleksi piala dan menghiburkan peminat PSG di Paris,” ujarnya.

Donnarumma melakukan 33 penampilan bersama Itali di pentas antaabangsa dan menjadi penjaga gol utama di bawah kendalian jurulatih, Roberto Manini.

Beliau melakukan 251 penampilan untuk AC Milan dalam semua perlawanan sejak berusia 16 tahun.

Sementara itu, AC Milan menagih khidmat mengikat khidmat penjaga gol Perancis, Mike Maignan bagi menggantikan Donnarumma.

Maignan membantu Lille menewaskan PSG dan merangkul gelaran Ligue 1 pada musim lalu.

Donnarumma merupakan pemain ketiga yang direkrut ke Paris selepas PSG mengesahkan khidmat bintang Belanda, Georginio Wijnaldum yang berhijrah dari Liverpool dan pemain Sepanyol, Sergio Ramos dari Real Madrid secara percuma.

PSG juga merekrut pemain bek kanan Maghribi, Achraf Hakimi, 22 dari Inter Milan dengan kontrak selama lima tahun. -MalaysiaGazette