KUALA LUMPUR – Semua kedai komputer, telekomunikasi, buku, dan alat tulis dibenar beropersi sepanjang tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) mulai esok.
Kebenaran itu diberikan setelah mengambil kira maklum balas pelajar, ibubapa serta tenaga pengajar untuk memastikan guru serta pelahar dalam menjalankan pengarah dan pembelajaan di rumah secara dalam talian tanpa gangguan.
Perkara itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataan harian mengenai Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) hari ini.
Artikel berkaitan:
- Ibu bapa rayu buka kedai buku, alat tulis bagi tujuan PdPR
- MGNews: Tolong Buka Kedai Buku..Dinding Habis Kena Conteng – Ibu Bapa
- Pertimbang kedai buku dan alat tulis serta komputer beroperasi semula
“Pandemik Covid-19 ini telah mengubah cara pembelajaran harian, dan semua institusi pendidikan kini mempraktikkan sistem pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) secara dalam talian,” katanya.
Menurut beliau sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) juga bersetuju membenarkan pergerakan pelajar dari kawasan yang dikenakan PKPD atau ke kawasan PKPD dengan syarat mendapat kebenaran PDRM bagi mengambil peperiksaan termasuk peperiksaan profesional. – MalaysiaGazette