
KUALA LUMPUR – Bekas ahli Majlis Tertinggi UMNO, Lokman Noor Adam dijatuhi hukuman penjara sebulan berkuat kuasa hari ini selepas didapati bersalah menghina mahkamah dengan mengugut saksi perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan Datuk Seri Najib Razak.
Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Collin Lawrence Sequerah memutuskan Lokman menghina mahkamah berkaitan saksi pendakwaan kelapan (PW8) kes tersebut yang merupakan bekas pegawai khas Najib, Amhari Effendi Nazaruddin.
Berita lanjut menyusul. – MalaysiaGazette