Home Nasional Pasangan pura-pura minum racun dibebaskan dengan jaminan polis

Pasangan pura-pura minum racun dibebaskan dengan jaminan polis

PDRM MACC Rohana Rozhan Tim Leissner 1MDB scandal corruption US$10 million London home ex-lover
Bukit Aman Criminal Investigation Department (CID) Director, Datuk Seri Abd Jalil Hassan. PIX: HAFIZ SOHAIMI / MalaysiaGazette / 03 JULY 2021 Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan .Foto HAFIZ SOHAIMI, 03 JULAI 2021

KUALA LUMPUR – Pasangan suami isteri yang ditahan selepas berpura-pura meminum racun kononnya  kemurungan akibat Covid-19 telah dibebaskan dengan jaminan polis.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, suspek lelaki yang ditahan 10.20 malam tadi diikuti isterinya 3.15 pagi tadi di Seremban telah diambil keterangan oleh polis di Ibu Pejabat Polis Seremban.

“Mereka telah dibebaskan dengan jaminan polis kerana mengambil kira kepentingan anak lelaki mereka yang ada di bawah jagaan.

“Sementara itu, kertas siasatan akan dilengkapkan pegawai penyiasat untuk dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) bagi tindakan lanjut.

ARTIKEL BERKAITAN:

Video tular dakwa minum racun, suami isteri ditahan 

Video tular minum racun: Kertas siasatan akan dirujuk kepada AGC 

“Kalau ditanya bila akan dirujuk kepada AGC, ia bergantung kepada berapa cepat pegawai penyiasat melengkapkan kertas siasatan itu dengan laporan terperinci kes,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Tambah beliau, sementara itu polis juga akan terus memantau rapat aspek keselamatan anak lelaki kedua-dua suspek itu memandangkan kanak-kanak tersebut juga dilibatkan dalam ‘lakonan’ minum racun. – MalaysiaGazette