Home National UTM bakal jadi  PPV kategori IPT Integrasi selatan tanah air

UTM bakal jadi  PPV kategori IPT Integrasi selatan tanah air

Gambar Hiasan.

JOHOR BAHRU – Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) kampus Johor Bahru akan beroperasi pada 19 Julai hingga 31 Oktober 2021.

Bertempat di Dewan Perpustakaan Raja Zarith Sofia (PRZS), ia  akan menjadi salah satu PPV kategori Institut Pengajian Tinggi (IPT) Integrasi di selatan tanah air.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Pengurusan PPV UTM, Abdul Razib Shahuddin, pihaknya sentiasa menyokong usaha kerajaan dalam memainkan peranan untuk memutuskan pandemik Covid-19.

“Bagi menyokong inisiatif ini, UTM telah menubuhkan sebuah jawatankuasa khas yang diwakili oleh pelbagai Pusat Tanggungjawab (PTJ) dalam UTM dan kerjasama dengan Pejabat Daerah Kulai dan Pejabat SUKJ untuk memastikan kesemuanya berjalan lancar,” katanya dalam kenyataan hari inui.

PPV ini akan akan beroperasi setiap hari bermula jam 8 pagi hingga 9 malam dengan kapasiti kira-kira 1,500 dos vaksin sehari, ujarnya.

Menurut Abdul Razib, warga UTM yang terdiri daripada pelajar dan staf terlibat menjadi sukarela bagi membantu Kementerian Kesihatan dan semua pihak lain yang terlibat dengan jumlah kakitangan operasi PPV seramai 146 orang.

“Dengan pewujudan PPV IPT Intergrasi tersebut, ianya diharap dapat membantu kerajaan bagi meningkatkan imuniti kelompok terutamanya di daerah Kulai dan Johor Bahru.

“Ia juga diharap dapat membantu mencapai sasaran 80 peratus rakyat divaksin dan seterusnya memutuskan rantai pandemik Covid-19 yang telah melanda negara sejak sekian lama,” katanya.-Malaysiagazette