KUALA LUMPUR – Bapa kepada penyanyi popular Indonesia, Krisdayanti menghembuskan nafas terakhir pada usia 79 tahun di Denpasar, Bali pada petang semalam.
“Innalillahwainnailaihirojiun, telah meninggal dengan tenang bapa kami dalam usia 79 tahun.
“Mohon doakan agar arwah diampunkan dosanya dan diterima semua amal ibadahnya,” tulisnya.
Namun begitu, penyanyi berkenaan tidak memaklumkan sebab kematian bapanya itu.
Pada posting sama, Krisdayanti yang popular menerusi lagu hit Menghitung Hari turut memohon maaf kerana tidak dapat menemani dan berada di sini bapanya.
Menerusi perkongsian sama, isteri kepada usahawan Raul Lemos itu turut memuat naik foto kenangan bapanya dan paparan skrin ketika dia membuat panggilan video melihat jenazah buat kali terakhir.
Hantaran Krisdayanti mengundang kesedihan dalam kalangan netizen dan rakan-rakan artis termasuk dari Indonesia dan Malaysia. – MalaysiaGazette