Home Nasional Gangguan air di 13 kawasan selesai

Gangguan air di 13 kawasan selesai

Gambar hiasan

 

KUALA LUMPUR – Semua kawasan di Kuala Lumpur yang terjejas dengan gangguan bekalan air tidak berjadual berikutan kerja-kerja kecemasan bagi pembaikan paip pecah di Jalan Kuari Bukit A, Kuala Lumpur, telah pulih sepenuhnya pada jam 12 tengah hari tadi.

Air Selangor mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pengguna di atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini.

Syarikat itu turut memohon kerjasama para pengguna untuk melaporkan sebarang kejadian paip bocor atau pecah di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bagi memastikan tindakan pembaikan dapat dilakukan dengan segera.

Para pengguna disarankan untuk mendapatkan maklumat rasmi gangguan bekalan
air menerusi semua medium komunikasi rasmi Air Selangor iaitu aplikasi Air Selangor,
Twitter, Facebook, Instagram dan laman sesawang www.airselangor.com. – MalaysiaGazette