Home Nasional Pengurangan yuran UA sebanyak RM40.5 juta bagi sesi kedua akademik

Pengurangan yuran UA sebanyak RM40.5 juta bagi sesi kedua akademik

Ministry of Higher Education (MOHE) public university fee discount IPTA
Ministry of Higher Education (MOHE)

KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi pengurangan bayaran yuran sebanyak RM40.5 juta kepada universiti awam (UA) bagi sesi kedua akademik 2020/2021.

Bagi semester pertama sesi akademik 2020/2021, pengurangan yuran sebanyak RM70.2 juta telah diberikan oleh UA.

Beberapa insiatif termasuk mengurangkan yuran perkhidmatan, yuran asrama, yuran konvokesyen dan yuran aktiviti kolej antara purata 10% hingga 35% bermula sejak semester kedua sesi akademik 2019/2020

Kementerian Pengajian Tinggi berkata, inisiatif ini telah melibatkan implikasi kewangan berjumlah RM185.7 juta bagi manfaat 386, 142 orang pelajar bagi ketiga-tiga semesta.

Katanya, langkah-langkah ini jelas memperlihatkan keprihatinan kerajaan dalam menangani bebanan kewangan oleh pelajar dan ibu bapa.

Tambahnya, kerajaan juga berpandangan kadar pengurangan yuran yang dinyatakan adalah munasabah.

Ia kerana 20 UA terpaksa menanggung kos operasi yang tinggi dengan menggunakan sumber peruntukan dalaman universiti susulan penurunan penjanaan pendapatan menerusi yuran, selain pengurangan peruntukan mengurus oleh kerajaan berikutan pandemik yang dihadapi negara. – MalaysiaGazette