Home Ekonomi Takful Ikhlas lancar Bantuan IKHLAS Supreme Takaful

Takful Ikhlas lancar Bantuan IKHLAS Supreme Takaful

KUALA LUMPUR – Takaful Ikhlas General Berhad (Takaful IKHLAS) memperkenalkan Bantuan IKHLAS Supreme Takaful, pelan perlindungan komprehensif untuk peserta takaful individu yang menyertai pelan IKHLAS Comprehensive Private Car Takaful dan IKHLAS Private Car Comprehensive Plus Takaful.

Bantuan IKHLAS Supreme Takaful dilengkapi dengan pelbagai manfaat istimewa yang
mengutamakan keselamatan serta memberi ketenangan dan keselesaan kepada peserta jika berlaku kejadian yang tidak diingini.

Pelan ini menawarkan faedah tambahan yang komprehensif yang merangkumi manfaat kemalangan diri, program bantuan kereta dan elaun kesulitan dengan sumbangan takaful yang berpatutan.

Dengan sumbangan takaful yang sangat berpatutan, seseorang individu boleh menikmati pelbagai manfaat sebagai pelengkap kepada perlindungan takaful motor yang disediakan oleh Takaful Ikhlas.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas General Berhad, Eddy Azly
Abidin berkata, terdapat empat pelan pilihan dan peserta boleh memilih untuk menyertai pelan Silver, Gold, Platinum atau Premium berdasarkan keperluan dan kemampuan peserta.

Bantuan IKHLAS Supreme Takaful menyediakan perlindungan manfaat kemalangan diri bagi pemandu dan penumpang.

Manfaat kemalangan diri ini juga meliputi perbelanjaan perubatan dan hospital.

Sekiranya berlaku kematian atau hilang keupayaan kekal akibat kemalangan, penuntut
atau waris akan menerima manfaat kemalangan diri sehingga RM100,000 dan manfaat digandakan sehingga RM200,000 sekiranya kemalangan berlaku ketika cuti umum Malaysia.

Selain manfaat kemalangan diri, Bantuan IKHLAS Supreme Takaful ini turut menyediakan Program Bantuan IKHLAS Road Assist yang merangkumi perkhidmatan bantuan tunda 24 jam tanpa had akibat kemalangan dan kerosakan di jalan raya, perbelanjaan teksi, penginapan hotel serta manfaat kemalangan diri 24 jam di seluruh dunia.

Menariknya, Bantuan IKHLAS Supreme Takaful turut dilengkapi dengan manfaat elaun kesulitan seperti bantuan kad kredit Islamik, bantuan pembiayaan pinjaman kereta Islamik, elaun untuk kerosakan atau kehilangan kereta dan banyak lagi, tambah beliau.

“Kami memperkenalkan produk Bantuan IKHLAS Supreme Takaful agar dapat membantu mengurangkan bebanan kewangan para peserta dan keluarga mereka sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini seperti kemalangan atau kerosakan kenderaan terutamanya di ketika waktu yang penuh cabaran ini”, tambah Eddy Azly. – MalaysiaGazette