KUALA LUMPUR – Kelab bola sepak Selangor (Selangor FC) mengesahkan kedua-dua pasukan Gergasi Merah akan beraksi di venue yang baharu bagi menyambung semula saingan Liga M.
Menurut satu kenyataan, pasukan utama iaitu Selangor FC akan beraksi di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras bagi perlawanan Liga Super 2021 menentang Johor Darul Ta’zim (JDT), UiTM FC dan PJ City FC manakala menentang Melaka United FC di Stadium Hang Jebat bermula 24 Julai ini.
Sebarang pertukaran yang berlaku juga adalah seiring dengan garis panduan yang telah ditetapkan pihak MKN (Majlis Keselamatan Negara), MSN (Majlis Sukan Negara) dan MFL. – MalaysiaGazette