Home Dunia Bas rempuh treler, 33 maut, 40 lagi parah

Bas rempuh treler, 33 maut, 40 lagi parah

Sekurang-kurangnya 33 orang maut manakala 40 lagi dikhuatiri parah selepas sebuah bas dalam perjalanan membawa penumpang dipercayai pekerja pulang ke kampung halaman menyambut Aidiladha merempuh treler kontena.Foto Ihsan AP.

ISLAMABAD – Sekurang-kurangnya 33 orang maut manakala 40 lagi cedera parah selepas sebuah bas dalam perjalanan membawa penumpang pulang ke kampung menyambut Hari Raya Aidiladha merempuh treler kontena.

Kejadian berlaku di wilayah Punjab, timur Pakistan dan salah seorang mangsa terkorban adalah pemandu bas tersebut.

Laporan IndiaTV News berkata, semasa kejadian, bas tersebut dalam perjalanan dari Sialkot ke Rajampur  sebelum dikatakan hilang kawalan dan bertembung dengan treler kontena.

Lebih 40 orang yang cedera dikejarkan ke hospital berhampiran sebelum 18 orang dilaporkan meninggal dunia selepas tiba di hospital.

Ada dalam kalangan mangsa masih dilaporkan berada dalam keadaan kritikal dan sedang diberi rawatan rapi.

Menteri Penyiaran dan Maklumat Pakistan, Fawad Chaudhry mengesahkan sekurang-kurangnya 30 orang terkorban dalam kemalangan maut itu.

Ketua Menteri Punjab, Usman Buzdar dan Menteri Dalam Negeri pula merakamkan takziah kepada ahli keluarga mangsa terkorban dalam nahas tersebut.

Kemalangan jalan raya lebih kerap berlaku di Pakistan dan kebanyakannua disebabkan keadaan infrastruktur jalan raya yang buruk dan pemandu bas yang tidak terlatih dan bertauliah.-MalaysiaGazette