KUALA LUMPUR – Penyanyi rap, Caprice yang mencetuskan kontroversi Jumaat lalu apabila membuat pendedahan mengenai misi bantuan Ebit Lew di Gaza baru-baru ini tampil memohon maaf kepada Malaysia dan rakyat negara ini.
Beliau mengakui apa yang berlaku adalah kesilapannya sendiri dan membabitkan pihak lain.
Dalam hantaran di laman Instagram Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli mengucapkan terima kasih kepada Menteri Kanan Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, kedutaaan Malaysia di Mesir dan juga kerajaan Mesir di atas layanan yang diberikan terhadapnya termasuk perlindungan 24 jam sepanjang di negara itu.
“Salam Tuanku @hrhcrownprinceofjohor @hishammuddinhussein ebitlew .
“Caprice mohon minta maaf atas kesilapan Caprice di mana kita terlalu emosi tentang pejuang kita demi ummah, demi Palestine, dan demi Rakyat Malaysia. Ape yang berlaku adelah kesilapan Caprice sendiri dan tidak terlibat pihak lain,” katanya.
Artikel berkaitan:
- Caprice dakwa Ebit guna kanak-kanak Palestin untuk kandungan media sosial?
- Caprice jangan buat perangai budak-budak – Sharnaaz
- Caprice jangan jadi pemusnah hubungan diplomatik – Farhan
Berita lanjut menyusul. – MalaysiaGazette
Nak buat tidak berfikir dulu. Buat ikut ego otak letak kat bontot. Dah kena kutuk oleh netizen dan merasa quantiti jualan lagu bakal susut diboikot netizen, baru tergetik-getik minta maaf. Hati Netizen dan UEL sudah terluka. Minta maaf adalah kewajiban budak “Beras Bubok”. Marilah kita para netizen terus menolak, membeli malah tidak mendengar lagu-lagu nyanyian dan sebarang pementasan beras bubuk ini.