Home Nasional MB Kedah sudah terima notis kompaun – Mohd Shuhaily

MB Kedah sudah terima notis kompaun – Mohd Shuhaily

Muhammad Sanusi. Foto SYAFIQ AMBAK

GEORGE TOWN – Polis telah menyerahkan notis kompaun kepada Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor yang didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) dengan memandu uji kenderaan di Auto City Juru, Bukit Mertajam pada bulan lalu.

Bagaimanapun, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain enggan menjelaskan berapa nilai kompaun yang dikenakan kepada Muhammad Sanusi.

Datuk Mohd Shuhaily.

“Kita dah diserahkan (notis kompaun) kepada Menteri Besar semalam.

“Nilai kompaun perlu bertanya kepada orang yang disaman dan kita hanya mengikut arahan bagi menyerahkan (kompaun) kepada orang yang disaman,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang di sini hari ini.

ARTIKER BERKAITAN : 

Polis siasat dakwaan MB Kedah ‘test drive’ kereta ketika PKP Penuh

MalaysiaGazette pada 6 Jun lalu melaporkan pihak polis membuka kertas siasatan ke atas Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor susulan dakwaan pandu uji (test drive) kereta baharu di Juru Autocity, Bukit Mertajam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, siasatan itu dibuat selepas beberapa keping gambar menunjukkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri itu memandu uji sebuah kenderaan tular di media sosial.

“Kita akan panggil beliau serta pemilik pusat pameran berkenaan untuk siasatan lanjut.

“Siasatan dibuka mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan/ Peraturan 17(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam kawasan tempatan jangkitan)2021,” kata beliau. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.