Home Dunia Pakar keselamatan dan anak bantu Ghosn larikan diri dihukum penjara

Pakar keselamatan dan anak bantu Ghosn larikan diri dihukum penjara

Carlos Ghosn

TOKYO – Seorang bapa dan anak lelaki telah dihukum kerana membantu bekas Ketua Pegawai Eksekutif Nissan Carlos Ghosn pada tahun 2019.

Mahkamah Tokyo menjatuhkan hukuman penjara dua tahun ke atas veteran Pasukan Khas Amerika Syarikat (AS), Michael Taylor.

Anaknya Peter pula dijatuhi hukuman penjara setahun lapan bulan.

Pasangan itu diekstradisi dari AS atas dakwaan membantu Ghosn menyeludup keluar dari Jepun dalam kotak bagasi dengan jet peribadi ketika beliau menunggu tarikh perbicaraan.

Pendakwa Jepun telah menuntut hukuman penjara dua tahun 10 bulan untuk Michael Taylor dan Peter pula dua tahun enam bulan.

Mereka dituduh mengatur pelarian Ghosn ke Lubnan dari lapangan terbang Kansai, Jepun pada Disember 2019 dan menerima AS$ 1.3 juta (£ 950,000) untuk perkhidmatan mereka.

Kedua-duanya sebelum ini mengaku bersalah atas tuduhan tersebut dan mengaku menyesali akan perbuatan masing-masing.

Michael yang merupakan pakar keselamatan swasta dan Peter telah mempertahankan diri masing-masing selama sebulan untuk mengelakkan diekstradisi bagi kes ini sebelum Mahkamah Agung AS menyerahkan mereka kepada pihak berkuasa Jepun pada bulan Mac lalu.

Ghosn yang kini buruan antarabangsa menetap di Lubnan.

Lubnan tidak mempunyai perjanjian ekstradisi dengan Jepun.

Ghosn diikat jamin sementara menunggu perbicaraan atas empat tuduhan salah laku kewangan, yang dinafikan penglibatannya telah berjaya meloloskan diri dari Jepun.

Pendakwa AS menyebut pelariannya “salah satu tindakan melarikan diri yang paling kurang ajar dan diatur dengan sempurna dalam sejarah”.

Selepas tiba di Lubnan, Ghosn mendakwa beliau menjadi ‘tebusan’ di Jepun mendorongnya membuat pilihan sama ada mati atau melarikan diri.

Mahkamah Turki menjatuhkan hukuman terhadap eksekutif syarikat jet Turki ,MNG dan dua juruterbang keranan berperanan membawa Ghosn dari Jepun.

Ghosn pertama kali ditangkap atas tuduhan salah laku kewangan pada November 2018 kerana disyaki tidak melaporkan pakej gajinya selama lima tahun hingga 2015. – MalaysiaGazette