Home Ekonomi Pelabur asing lupus RM173.93 juta ekuiti minggu lalu

Pelabur asing lupus RM173.93 juta ekuiti minggu lalu

Bursa Malaysia dibuka rendah pagi ini berikutan pasaran menerima berita mengenai prospek penurunan Petronas, selain aktiviti pengambilan untung menjelang hujung minggu.
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Pelabur asing kekal sebagai penjual bersih untuk minggu yang berakhir pada 16 Julai lalu dengan menyaksikan aliran keluar berjumlah RM173.93 juta.

Ini adalah penjualan bersih minggu keempat berturut-turut oleh pelabur asing.

MIDF Research berkata, ketika pasaran dibuka semula Isnin lalu, pelabur asing menjual ekuiti tempatan sebanyak RM96.60 juta, dengan peruncit dan institusi tempatan masing-masing sebagai pembeli bersih dengan jumlah RM59.10 juta dan RM37.50 juta.

Menurutnya, pelabur asing adalah penjual bersih setiap hari minggu lalu kecuali pada hari Khamis.

Aliran keluar asing terbesar direkodkan pada hari Isnin dengan aliran keluar terkecil pada hari Selasa masing-masing RM96.60 juta dan RM7.02 juta.

Sementara itu, pembelian bersih pada hari Khamis berjumlah RM69.60 juta.

Bagi peruncit, mereka adalah penjual bersih pada kebanyakan hari padaminggu lalu dengan penjualan bersih berlaku pada hari Selasa, Rabu dan Khamis.

Jualan bersih terbesar oleh pelabur runcit adalah pada hari Rabu sebanyak RM29.49 juta dan pembelian bersih terbesar pada hari Isnin hingga RM59.10 juta.

Secara kumulatif pada minggu lalu, pelabur runcit membeli sebanyak RM35.72 juta ekuiti di Bursa Malaysia.

Manakala pelabur institusi pula merekodkan aliran masuk mingguan kumulatif sebanyak RM138.22 juta.

Menurut firma penyelidikan itu, pelabur institusi mencatat aliran masuk mingguan kumulatif berjumlah RM138.22 juta.

Pelabur institusi tempatan pembeli bersih setiap hari minggu lalu kecuali pada hari Khamis dan pembelian bersih terbesar adalah pada hari Rabu kepada RM103.49 juta.

Sejak awal 2021, secara kumulatif pelabur runcit menjadi satu-satunya pembeli bersih pasaran ekuiti kepada RM8.55 bilion.

Sementara itu, pelabur institusi dan pelabur asing masing-masing adalah penjual bersih, masing-masing sebanyak RM3.74 bilion dan RM4.81 bilion.

Dari segi penyertaan, pelabur runcit, institusi mencatat pergerakan penurunan mingguan 13.18% dan 15.11% dalam nilai purata dagangan harian (ADTV).

Pelabur asing pula merekodkan peningkatan 0.68% dalam ADTV. – MalaysiaGazette