Home Nasional Polis siasat video 12 individu makan durian tepi sungai

Polis siasat video 12 individu makan durian tepi sungai

JOHOR BAHRU – Polis sedang mengesan sebanyak 12 individu yang berkumpul dan makan durian di sebuah pondok di tepi sungai di Skudai seperti dalam sebuah video yang tular baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Abd. Wahid berkata, pihaknya dalam usaha mengenalpasti individu yang terdiri daripada lelaki dan wanita itu.

Setakat ini tiada tangkapan dilakukan.

“Hasil siasatan mendapati video yang tular itu dimuat naik dalam Facebook oleh pemilik akaun bernama Atan Abdul. Kandungan video itu jelas memaparkan 12 individu menikmati makanan secara berkumpulan yang jelas melanggar prosedur operasi standard (SOP).

“Kumpulan individu tersebut juga jelas tidak mematuhi penjarakan sosial dan tiada menggunakan pelitup muka seperti yang ditetapkan SOP,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Abd. Wahid

Semalam, tular satu video berdurasi 2 minit 17 saat memaparkan sekumpulan lelaki dan wanita makan durian beramai-ramai namun lokasinya tidak diketahui.

Rupiah berkata, kes akan disiasat di bawah Perkara 17(1) Peraturan-Peraturan dan Pencegahan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPPB) 2021 yang memperuntukkan denda RM4,000.

Kes itu juga disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998, jika sabit kesalahan boleh didenda RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali.- MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.