KUALA LUMPUR – Perkhidmatan Puspakom di Negeri Selangor beroperasi semula hari ini manakala Puspakom Caves akan memulakan operasinya pada 21 Julai 2021.
Semua Pusat Pemeriksaan di Negeri Selangor termasuk Perkhidmatan Bergerak Puspakom di kawasan Lembah Klang akan beroperasi seperti biasa.
Puspakom berkata, pengoperasian semula ini melibatkan semua jenis pemeriksaan kenderaan.
Pelanggan yang mahu melakukan pemeriksaan kenderaan wajib membuat temujanji secara dalam talian sebelum hadir ke Puspakom atau mengguna perkhidmatan bergerak.
Pemeriksaan secara ”walk-in” tidak dibenarkan. – MalaysiaGazette