Home Politik Saya lebih rela masuk mahkamah dari PN – Syed Saddiq

Saya lebih rela masuk mahkamah dari PN – Syed Saddiq

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menganggap pendakwaannya atas tuduhan pecah amanah di mahkamah esok ada kaitan dengan ugutan yang diterimanya kerana enggan menyertai Perikatan Nasional (PN).

Menurutnya, ugutan itu datang setiap kali sidang Parlimen mahu bersidang.

“Sudah lebih setahun saya diugut untuk didakwa jika tidak menyertai PN. Setiap ada undi penting di Parlimen ugutan akan datang.

“Pada bulan Julai, Disember dan Januari dan kini seminggu sebelum Parlimen bersidang,” kata pengasas Parti Muda itu dalam video di media sosialnya malam ini.

Beliau menegaskan berani kerana benar dan tidak akan sesekali menjual jiwa dan prinsipnya kepada PN.

“Pukul 8.30 pagi esok saya akan ke mahkamah untuk diadili dan pukul 8 malam saya akan buat live di FB dan Isntagram untuk pendedahan lanjut.

“Saya lebih rela masuk mahkamah dari PN,” katanya.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Bekas menteri didakwa pecah amanah esok