SHANGHAI – Pasukan penyelamat telah menemui mayat 10 lagi pekerja yang terperangkap di terowong lebuh raya yang dilanda banjir di bandar raya Zhuhai minggu lalu.
Penemuan ini menjadikan jumlah kematian bertambah kepada 13 orang, lapor media.
Namun pasukan penyelamat tidak dapat berhubung dengan seorang lagi pekerja yang terperangkap di dalam terowong, oleh itu kerja-kerja menyelamat diteruskan.
Pada 15 Julai, air tiba-tiba bocor ke terowong Shijingshan, yang sedang dibina di bawah empangan, memerangkap 14 pekerja lebih dari satu kilometer dari pintu masuk.
Kemalangan itu adalah yang kedua di terowong berkenaan sejak Mac lalu apabila tembok runtuh mengorbankan dua pekerja.
Terowong ini adalah sebahagian daripada lebuh raya utama di Zhuhai di wilayah Guangdong, yang menghubungkan bandar pesisir itu dengan jambatan ke Macau dan Hong Kong. – MalaysiaGazette