Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bakal didakwa dengan dua pertuduhan di Mahkamah Sesyen di sini pagi ini.
Difahamkan, Ahli Parlimen Muar itu akan didakwa mengikut Seksyen 405 Kanun Keseksaan berhubung dakwaan pecah amanah dana sebuah parti politik dan Seksyen 403 Kanun Keseksaan berkaitan menyalahgunakan harta iaitu wang.