KUALA LUMPUR – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan memberikan bantuan kepada lapan beradik yang menjadi yatim piatu selepas kedua-dua ibu bapa mereka meninggal dunia akibat COVID-19.
Pengerusinya Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata beliau juga telah meluluskan peruntukan kewangan segera yang akan disampaikan pegawai PTPTN.
“Kita akan periksa dahulu bentuk sumbangan yang sesuai, dan saya rasa demi masa depan mereka, adalah baik jika kita berikan akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) untuk anak-anak ini.
Sedih dengan musibah yang melanda keluarga itu, Wan Saiful berharap bantuan yang disalurkan itu akan dapat membantu meringankan bebanan yang ditanggung meskipun ia tidak akan dapat menggantikan ibu bapa yang meninggal dunia.
Beliau dimaklumkan anak sulung keluarga itu merupakan pelajar politeknik manakala tujuh orang lagi juga masih belajar.
— BERNAMA