Home Seni Hidup Riz akui pernah dapat tawaran ke Gaza bersama Ebit

Riz akui pernah dapat tawaran ke Gaza bersama Ebit

Selebriti, Neelofa bersama suaminya yang juga pendakwah selebriti, Haris Ismail atau dikenali sebagai PU Riz berjalan keluar selepas hadir ke mahkamah bagi pendakwaan atas kesalahan merentas negeri untuk membeli karpet di Kompleks Mahkamah Seremban, Negeri Sembilan. Foto AFFAN FAUZI, 20 MEI 2021.

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Muhammad Haris Mohd Ismail atau Riz mengakui ada mendapat tawaran sekali gus perbincangan untuk menjalankan misi bantuan ke Gaza bersama Ebit Lew.

Selain Ebit, tawaran yang sama juga kepada isterinya, Neelofa, Heliza Helmi dan Hazwani HelmiĀ  pada Jun lalu.

Riz berkata, tawaran itu daripada Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dan sudah menjalankan perbincangan secara dalam talian.

“Memang betul saya bersama isteri dan beberapa selebriti lain termasuk Ustaz Ebit Lew mendapat tawaran untuk ke Gaza. Kami juga dijangka akan ke sana pada Jun lalu. Namun, saya dimaklumkan projek itu tidak dapat diteruskan atas beberapa sebab.

“Kemudian, saya dapat tahu Ustaz Ebit Lew bersama pasukannya dapat ke sana bagi menjayakan misi mereka. Itu adalah rezeki mereka,” katanya seperti laporan Harian Metro.

“Cukup untuk saya jelaskan yang mana memang saya bersama yang lain termasuk Ebit Lew dijemput untuk ke sana. Apa yang berlaku selepas itu, saya tidak ada pengetahuan apa-apa mengenainya.

“Saya harap perkara ini jelas dan orang ramai berhenti untuk membuat spekulasi. Saya berdoa semoga segala kebaikan yang kita kerjakan mendapat keredaan Allah,” katanya. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. So, project terminated. UEL saja yg sungguh-sungguh pursuing untuk pergi dan akhirnya berjaya. What’s your problem Caprice, Nadir?

Comments are closed.