LONDON – Barcelona ditawarkan peluang menandatangani Donny van de Beek dari Manchester United.
Namun bintang the Red Devils itu menolak peluang tersebut dan mahu terus kekal di Old Trafford.
Bintang antarabangsa Belanda itu mengharungi musim pertama yang sukar di bawah kendalian Ole Gunnar Solskjaer apabila hanya melakukan 15 penampilan dalam semua perlawanan.
Laporan mendakwa the Catalans menerima peluang merobek khidmat pemain itu dengan memberi Samuel Umtiti kepada red Devils.
Namun van De Beek dikatakan tidak berminat menerima pelawaan mana-mana kelab kerana dia lebih cenderung untuk bersama Man United dan berjuang untuk aksi pasukan pertama.
Sumber terdekat pemain itu mendakwa bintang tengah itu masih cergas, segar dan bersedia untuk cabaran musim Liga Perdana Inggeris 2021/22.
Pemain berusia 24 tahun itu dipaksa menarik diri dari skuad Belanda di kejohanan Eur0 2020 lalu berikutan kecederaan paha dan kini berlatih bersama kakitangan perubatan kelab di Theatre of Dreams.
Van de Beek menyertai Man United dengan nilai perpindahan berjumlah £40 juta musim lalu dari Ajax.
Gol pertamanya hadir dalam aksi menang menentang Crystal Palace namun dia kurang diberi perhatian dan sekadar memanaskan bangku simpanan tanpa diuji dengan perlawanan penuh lebih kerap.- MalaysiaGazette