KUALA LUMPUR – Pemain Malaysia yang kini berpangkalan di Jepun, Hadi Fayyadh Abdul Razak kembali bersama kelab Azul Claro Numazu selepas tiga bulan tersisih akibat kecederaan anterior cruciate ligament’ (ACL) di kaki kanannya.
Perkara itu telah diumumkan oleh Azul Claro Numazu menerusi satu kemaskini laman sosial Twitter rasmi kelab itu semalam.
Pemain yang sudah berkelana ke Jepun selama tiga tahun itu telah mengalami kecederaan ACL pada 23 Mac lalu ketika menjalani sesi latihan bersama Azul Claro Numazu.
Hadi Fayyadh dihantar pulang ke Fagiano Okayama untuk meneruskan rawatan lanjut termasuk proses rehabilitation dan kini beliau sudah pun hampir pulih sepenuhnya dan bersedia untuk turun bermain.
Kontrak pinjamannya bersama Azul Claro Numazu adalah selama satu musim dan akan tamat pada hujung tahun 2021 ini.
Sekiranya tidak dilanjutkan, dia akan kembali ke Fagiano Okayama bagi meneruskan misi mencari tempat dalam aksi bola sepak Jepun. – MalaysiaGazette