Home Seni Hidup Kalau guna duit sendiri, sumbangan kami ke mana? – Penyumbang

Kalau guna duit sendiri, sumbangan kami ke mana? – Penyumbang

Foto Facebook.

KUALA LUMPUR – Orang ramai yang menyumbang kepada misi kemanusiaan bagi membantu rakyat Palestin kendalian pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew bertanya ke mana sumbangan mereka pergi selepas ia tidak digunakan di negara itu.

Beberapa individu di Facebook juga memohon ketelusan wang sumbangan mereka dan tidak berpuas hati dengan apa yang didedahkan Ebit semalam.

Malah seorang usahawan yang enggan dikenali juga terkilan kerana wang sumbangan yang sudah diniatkan untuk rakyat Palestin tidak disampai ke sana.

“Ustaz Ebit mungkin tak boleh cakap macam itu kot. Apa salahnya cakap duit sumbangan orang ramai sekali.

“Memang dia tidak buka tabung tapi duit tetap orang derma ke akaun dia yang sebelum ini,” katanya kepada MalaysiaGazette di sini hari ini.

Antara penyumbang misi kemanusiaan ke Palestin yang kini viral di media sosial.

Semalam pada sidang video secara langsung di media sosial, Ebit mengakui tidak pernah membuka sebarang tabung untuk mengutip sumbangan kepada penduduk di Palestin.

Menurutnya, perbelanjaan beliau untuk ke Gaza adalah dengan menggunakan duitnya sendiri.

“Orang ramai yang tidak tahu pasal Gaza ni maki dengan kata-kata kesat kerana mereka ingat saya bawa duit sumbangan rakyat Malaysia pergi ke sana.

“Saya tidak pernah terfikir langsung untuk kutip sumbangan atas nama Gaza. Saya pergi dengan duit saya sendiri dan beberapa sahabat rapat serta rakan-rakan di Facebook.

“Tujuan saya pergi ke Gaza adalah untuk membantu mereka yang memerlukan serta niat hanya untuk Allah SWT,” katanya.

Sementara itu, seorang pemilik akaun Facebook, Ibnu Zainuddin turut bertanya kepada penyelaras laman Facebook Pertubuhan Kasih Umat Malaysia (PKUM) milik Ebit kenapa terdapat banyak hantaran lepas yang semua diedit pada tarikh 18 Julai lalu dan nombor akaun CIMB PKUM dipadam daripada hantaran sebelum ini. – MalaysiaGazette

 

 

4 Komen

  1. duit zakat pernah juga disonlap rm 1JUTA oleh Yang dipertua Majlis…BAYAR denda hanya puluh ribu lepas tu bebas hidup hingga akhir hayat….begitu juga kes ibadah korban/haji dan umrah jadi gelap mata
    peristiwa jemaah haji ditipu syarrikat swasta masi dalam igaun kami

  2. Takyah la ungkit derma tuan puan dlm tabung beliau. Pikir positif saja yg duit tuan puan dia guna utk bantuan dlm negara. Utk perkara khusus hajat dia di Palestin dia guna wang dia dan sahabat2 dia. Duit sedekah pun nak ungkit2 balik? Aduhaii..

  3. Jika dia ada maklum minta sumbangan utk beliau bantu Palestin, boleh la nak jd isu. Tp kalau tuan puan sendiri yg derma dlm tabung beliau dan sendiri harap derma tu diguna utk Palestin, lain pulak cerita. Cth mcm Team Aabeauty derma 10k masa beliau dah di Gaza. Beliau dah di Gaza kot masa duit derma. Berlapang dada saja kita ok?

  4. Soalan sebegini kena tanya pada yang mengutip dan menguruskan tabung tersebut. UEL tak terlibat.
    Mcamana Nadzir insist guna MoS yang charge sampai RM40,000 sdgkan Lucky/Hala (yg Nadzir kata 4 kali ganda lebih mahal)cuma charge RM10,000? Udah2lah nak memfitnah dan menipu. Ada persen kot?
    Kenapa beriya-iya sgt suruh beli barang di Gaza dan guna mOs? Ada cut/commission ke dgn agen-agen kroni?
    Yang marah sangat dengan Ebit Liew ni pasal tak masyuk ke? Mungkin UEL dah rosakkan market kot? Pasni susahlah nak kenceng NGO. Ini kot yang Caprice nampak dan cuba luahkan. Cuba teliti video call Caprice dgn Shahnaz.

Comments are closed.