Home Dunia Sekurang-kurang 22 banduan maut dalam rusuhan di dua penjara

Sekurang-kurang 22 banduan maut dalam rusuhan di dua penjara

QUITO – Sekurang-kurangnya 22 banduan maut dan beberapa anggota polis cedera semasa rusuhan di dua buah penjara di Ecuador, insiden keganasan kedua di penjara pada tahun ini.

Unit polis khas dikerah ke penjara-penjara di Guayas di selatan negara itu dan Cotopaxi di selatan ibu negara, Quito untuk menghentikan rusuhan tersebut.

Pada Februari lalu, sekurang-kurangnya 79 banduan mati di tiga buah penjara, termasik di Guayas dan Cotopaxi, berikutan pergaduhan antara dua kumpulan.

“Saya mahu menyatakan mafia yang mengancam negara ini melakukan kesilapan jika mereka rasa kerajaan ini akan bertindak seperti mana kerajaan terdahulu yang lemah,” kata Presiden Guillermo Lasso ketika berucap di bandar Latacunga.

Beliau mengisytiharkan darurat pada sistem penjara negara itu.

Menteri Dalam Negeri, Alexandra Vela berkata, seramai 78 banduan berjaya ditangkap semula.

Beliau memberitahu, 41 banduan dan lima pegawai polis cedera di penjara Cotopaxi.

Sejak bertahun-tahun para pegawai Ecuador berusaha mengurangkan keganasan di penjara-penjara yang penuh sesak dengan banduan. – MalaysiaGazette