Home Seni Hidup Prolintas agih 700 bungkusan daging korban

Prolintas agih 700 bungkusan daging korban

Penyerahan daging korban kepada wakil penduduk.

KUALA LUMPUR – Kumpulan Prolintas (Prolintas) mengagihkan sebanyak 700 bungkusan daging korban kepada keluarga asnaf dan golongan B40 yang tinggal berhampiran jajaran lebuh raya seliaanya di Ampang, Keramat, Cheras, Kajang, Shah Alam, Subang dan Sungai Buloh sempena sambutan Aidiladha baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Prolintas, Datuk Mohammad Azlan Abdullah berkata, aktiviti ini adalah sebahagian agenda tahunan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang dijalankan setiap tahun sejak syarikat ini ditubuhkan.

“Prolintas amat prihatin dengan kesusahan masyarakat sekitar yang pada masa ini bergelut dalam mendepani isu-isu semasa berkaitan dengan kekangan pendemik Covid-19.

”Diharapkan dengan sumbangan daging korban ini secara tidak langsung dapat meringankan beban dan menceriakan keluarga penerima dalam meraikan
Aidiladha,” kata beliau.

Aktiviti pengedaran telah dilakukan oleh kakitangan Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA), Lebuhraya Kajang SILK (SILK), Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) dan Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH).

Program ini diharap dapat membantu komuniti yang berada di dalam lingkungan jajaran lebuh raya Prolintas yang terkesan dengan pandemik Covid-19. – MalaysiaGazette