MIAMI – Seorang mangsa runtuhan blok pangsapuri di Florida masih belum ditemui walaupun kerja-kerja pencarian sudah berakhir.
Runtuhan pangsapuri Champlain Tower South 12 tingkat itu menyebabkan 97 orang terbunuh.
Namun, mayat Estelle Hedaya, 54, masih belum ditemui.
Kejadian itu berlaku pada awal pagi pada 24 Jun lalu.
Tiada mangsa yang ditemui hidup daripada runtuhan sejam sejam pertama bencana itu berlaku.
Kini, kerja-kerja pemulihan dilakukan di tapak runtuhan sejak 7 Julai lalu.
Tapak Surfside itu hampir selesai dibersihkan dengan serpihan telah dipundagkan di gudang negara untuk pemeriksaan selanjutnya. – MalaysiaGazette