Home Nasional 12 petugas Parlimen positif Covid-19, 58 dikuarantin

12 petugas Parlimen positif Covid-19, 58 dikuarantin

Speaker Azhar Azizan Harun Parliament Dewan Rakyat Covid-19 positive
Azhar Azizan Harun

KUALA LUMPUR – Seramai 12 petugas Parlimen disahkan positif Covid-19 manakala 58 lagi perlu menjalani kuarantin kerana menjadi kontak rapat.

Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun memaklumkan perkembangan terbaharu itu di awal sidang khas Dewan Rakyat hari ini.

Beliau turut memberitahu dua ahli Parlimen turut disahkan positif Covid-19.

Setakat ini, mereka yang disahkan positif adala Ahli Parlimen Nibong Tebal, Datuk Mansor Othman dan Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. – MalaysiaGazette

+ posts