Home Nasional Kesalahan Ordinan Darurat selepas 21 Julai tak terpakai – Takiyuddin

Kesalahan Ordinan Darurat selepas 21 Julai tak terpakai – Takiyuddin

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyudin Hassan.

KUALA LUMPUR – Denda terhadap kesalahan Ordinan Darurat dikeluarkan selepas 21 Julai lalu tidak terpakai.

Itu penjelasan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan ketika menjawab persoalan daripada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pada sesi Dewan Rakyat hari ini.

“Ya, tak boleh pakailah,” katanya.

Sebelum itu Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan (DAP) bangun dan melahirkan rasa hairan mengapa tiada pengumuman dibuat berkenaan keputusan kerajaan memutuskan untuk tidak menasihati Yang di-Pertuan Agong agar Proklamasi Darurat yang akan ditamatkan hujung bulan ini untuk disambung.

The Secretary-General of DAP, Lim Guan Eng PIX: HAZROL ZAINAL / MalaysiaGazette / 21 DECEMBER 2020. Malaysiakini donation
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng

Menurut Takiyuddin semasa darurat, Agong boleh mengisytiharkan Ordinan Darurat  dn undang-undang yang tidak perlu mendapatkan kelulusan Parlimen. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Darurat tidak akan disambung – Takiyuddin