KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) belum menerima maklumat tentang protes oleh sebilangan doktor di seluruh negara hari ini akan menjejaskan ketenteraman awam.
Bagaimanapun, polis mengambil maklum akan gerakan penganjuran protes berkenaan, kata Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani.
Polis akan mengaturkan penugasan pasukan pemantau prosedur operasi standard bagi memantau protes tersebut demi memastikan segala SOP Pelan Pemulihan Negara yang sedang dikuatkuasakan dipatuhi sepanjang aktiviti tersebut. – MalaysiaGazette