Home Seni Hidup Akhir zaman yang salah jadi betul, betul jadi salah – Caprice

Akhir zaman yang salah jadi betul, betul jadi salah – Caprice

Ariz Ramli atau lebih dikenali dengan Caprice.

KUALA LUMPUR – Penyanyi rap, Caprice memberitahu dirinya kini berada dalam keadaan yang baik dan mengakui agak emosi sebelum ini.

Menerusi video di Instagram miliknya, Caprice atau Ariz Ramli, 30, turut memuat naik hantaran yang berbunyi ‘akhir zaman yang salah betul, yang betul salah’.

“Ada ramai yang bagitau Caprice kat DM atau komen yang kita ni tengah ada isu kesihatan mental. Alhamdulillah Malaysia, I am okay dan rasa lebih tenang dalam tempoh lima hari ni.

“Saya tau kesilapan saya sebelum ini yang agak emosi. Untuk pastikan saya okey, saya selalu berzikir dan sekurangnya akan baca satu bab mengenai kisah Nabi Muhammad,” tulisnya di Instagram miliknya.

Caprice berkata, apa yang dilakukannya sekarang itu adalah untuk peringatan terhadap dirinya tentang misinya.

Jelasnya, setiap hari juga dia akan cuba berbincang dan merujuk dengan beberapa ustaz dari Malaysia tentang apa yang dilalui, dirasai dan tentang perancangannya.

“Alhamdulillah… tak ada siapa yang panggil Caprice gila lagi. Semua orang bagi tau Caprice untuk teruskan misi. Tak ada siapa yang tanya saya bila akan kembali ke Malaysia.

So far kami akan sambung dengan misi kami. Terima kasih terhadap perhatian yang diberikan. Yang sindir, maki dan caci, InsyaAllah, saya beritahu anda semua kebenaran akan terbongkar dengan sendiri. Tak ada apa yang perlu saya sembunyikan,” ujarnya. – MalaysiaGazette