Home Nasional CAC Dewan Serbaguna Pelabuhan Klang mula operasi Jumaat ini – PKD Klang

CAC Dewan Serbaguna Pelabuhan Klang mula operasi Jumaat ini – PKD Klang

KUALA LUMPUR – Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) daerah Klang akan memulakan operasi di lokasi baharu di Dewan Serbaguna Pelabuhan Klang bermula Jumaat ini, pada pukul 8.30 pagi.

Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Klang menerusi satu kenyataan hari ini berkata, CAC Dewan Sukan Klang di Taman Sri Andalas itu tamat beroperasi esok tepat pukul 12 tengah hari.

“Dewan Serbaguna Pelabuhan Klang ini dipilih sebagai lokasi baharu CAC daerah Klang berdasarkan kedudukannya yang jauh dari kawasan penempatan, sekali gus akan mengurangkan kesesakan lalu lintas dan memudahkan urusan para petugas dan pesakit yang mengunjungi CAC ini.

“Pihak PKD Klang ingin merakamkan penghargaan kepada penduduk setempat dan agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang telah memberikan kerjasama dan bantuan semasa pengoperasian CAC Dewan Sukan Klang sebelum ini,” kata kenyataan itu.

Terdahulu, perkembangan pemindahan CAC Dewan Sukan Klang pada Jumaat ini dimaklumkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Kandis, Ahmad Zawawi Ahmad Mughni menerusi satu sidang media yang diadakan di pekarangan Surau An Naim, Taman Sri Andalas tengah hari tadi. – MalaysiaGazette