KUALA LUMPUR – Ekoran kenyataan Menteri Kesihatan yang kerajaan tidak akan melakukan sebarang tindakan terhadap mereka yang menyertai Hartal Doktor Kontrak, jaminan yang sama perlu datang dari Kementerian Dalam Negeri dan Polis Diraja Malaysia.
Penyelaras Sekretariat Guaman Hartal Doktor Kontrak, Biro Undang-Undang Parti AMANAH Negara (KANUN), Fadhli Umar Aminolhuda berkata, jaminan itu mesti dibuat oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryll Sani Abdullah Sani.
Ia termasuk sebarang kompaun di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPPB) (Pelan Pemulihan Negara (PPN) 2021, katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut KANUN, sebelum ini terdapat aduan diterima berkenaan tindakan tatatertib dikenakan terhadap beberapa orang doktor.
Ia termasuk pengeluaran amaran dan surat tunjuk sebab sebelum mereka menyertai mogok aman.
Menurut Fadhli Umar, pihaknya menyambut baik pengumuman Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba dalam Parlimen semalam yang menyatakan tiada tindakan akan dikenakan keatas semua doktor yang terlibat.
Namun, sekretariat itu mendesak supaya doktor-doktor yang dikenakan sebarang tindakan sebelum tunjuk perasaan yang diadakan semalam juga dibersihkan dari sebarang rekod tatatertib secara bertulis dengan segera.
Sebelum ini, media melaporkan pihak polis akan membuka kertas siasatan berhubung tindakan sekumpulan pegawai perubatan kontrak di Hospital Kuala Lumpur yang berkumpul dalam Hartal Doktor Kontrak Isnin lalu.- MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN:
Tiada tindakan kepada doktor kontrak sertai mogok aman – Menteri
untunglah…..tiada apa2 tindakan….amNANAH sikapnya dah bagi BETIS nak PEHA pula…teringat dulu masa dengar ceramah agama ke politik adalah SB=SB datang menyelinap masuk utk merakam menahan merampas dan P A 2 berkenaan diminta surat tunjuk sebab/gantung tugas/tahan gaji/campak ke huku/diberhenti@dibuang kerja dan tindakan tatatertib yang boleh dipenjara atau denda rm2000 yg melucutkan segalanya pada P A.
amNANAH dan sekutunya masih dengan sikap BIADAP dgn istilah kerajaan gagal/pintu belakang tetapt tanpa rasa KEMALUAN ambil juga segala insiatif dan bantuan kerajaaan
Kalau bekerja di syarikat swasta sudah lama kena pecat staff2 kontrak. Orang sekarang ramai hilang pendapatan. Syukurlah tidak kena tindakan, belajar percuma dan habis belajar terus ada kerja ada gaji.