Home Nasional Siapa MP yang tak mahu disuntik vaksin?

Siapa MP yang tak mahu disuntik vaksin?

Akmal Nasrullah Mohd Nasir

KUALA LUMPUR – Siapa ahli Parlimen yang tidak mahu disuntik vaksin?

Persoalan itu menjadi tanda tanya apabila beberapa ahli Parlimen di Dewan Rakyat hari ini dan ada dalam kalangan mereka membangkitkan perkara itu.

Malah ada diantaranya mahu Yang Dipertua Dewan Rakyat menyatakan nama wakil rakyat berkenaan.

Ahli Parlimen Johor Bahru (PH), Akmal Nasir mengajukan soalan itu kepada Timbalan Yang diPertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon setelah mendapat khabar angin mengenai beberapa ahli Parlimen yang masih belum divaksin.

“Ada khabar angin mengatakan ada ahli Parlimen tak vaksin disebabkan soal kepercayaan. Jadi, saya harap kalau boleh speaker dedahkan ahli-ahli Parlimen yang tak nak vaksin sebab saya percaya kita ambil vaksin ini tidak akan merendahkan fahaman agama kita.

“Jadi, tolong tunaikan tanggungjawab kita sebagai wakil rakyat,” katanya pada sesi petang Mesyuarat Khas di Dewan Rakyat hari ini.

Persoalan yang sama sebelum itu turut dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin (Amanah).

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Zulkifli Mohamad memberitahu, Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam yang bersidang pada 3 Disember tahun lepasĀ  mengambil ketetapan bahawa hukum penggunaan vaksin Covid-19 adalah harus dan ia wajib diambil oleh golongan yang ditetapkan kerajaan.

Menurut Zulkifli, penggunaan vaksin bagi melindungi manusia daripada dijangkiti penyakit berbahaya bukanlah perkara asing dalam perspektif syarak. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Amat memalukan apabila ada YB MP yang takut vaksin dan mereka ini bpleh mempengaruhi rakyat terutama penyokong2 di kawasan lain dan boleh menyebabkan penularan wabak atas tida bertanggungjawap setengah2 YB MP

Comments are closed.