Home Nasional Lelaki ditemui mati tergantung di pokok

Lelaki ditemui mati tergantung di pokok

Gambar hiasan.

PEKAN – Seorang lelaki yang dipercayai pekerja pam pasir ditemui mati tergantung di pokok di kawasan Riverfront Pekan pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Zaidi Mat Zin berkata, siasatan awal mendapati tiada kecederaan berunsur jenayah ke atas mangsa yang berumur 37 tahun.

“Siasatan kita juga mendapati mangsa yang berasal daripada Sarawak dipercayai membunuh diri,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette.

ARTIKEL BERKAITAN :

Rindu nak balik kampung, pembantu rumah ugut bunuh diri

Perancah binaan projek LRT 3 runtuh, seorang terbunuh, empat cedera

Bunuh diri: Bantu, bukan menghukum

Mengulas lanjut, Zaidi berkata, polis mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut dan mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Pekan untuk tindakan lanjut. – MalaysiaGazette