KUALA LUMPUR – Pertubuhan Kemanusiaan Antarabangsa Malaysia (MHO) meminta kerajaan ‘berlembut’ dan mencari alternatif membantu warga asing yang menjadi mangsa penipuan ejen serta tekong yang menyeludup masuk ke negara ini.
Permintaan itu dilihat mempunyai kaitan dengan tindakan Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) menurunkan kedudukan Malaysia ke tahap tiga, tahap paling rendah, dalam Laporan Pemerdagangan Manusia (TIP) 2021 baru-baru ini.
Setiausaha Agung MHO, Datuk Hishamuddin Hashim berkata, pihaknya tidak mahu mengkritik mengenai laporan tersebut, sebaliknya lebih berminat untuk mencari jalan penyelesaian berhubung soal pemerdagangan manusia.
“Usaha perlu ditambah. Kita perlu tanya balik pada diri masing-masing mengapakah sebenarnya berlakunya isu pemerdagangan manusia ini? Ini kerana isu redtape yang libatkan proses dokumentasi yang tidak begitu friendly,” katanya kepada MalaysiaGazette.
Tambah beliau, warga asing yang menjadi mangsa pemerdagangan manusia dan penipuan pada kebasaannya tidak menyedari mereka ditipu.
Jelasnya, rata-rata mereka hendak masuk ke negara ini secara sah tetapi memandangkan prosesnya sukar menyebabkan perkhidmatan ejen ditagih.
“Ejen pula tidak semuanya baik, ada yang pandai berjanji kononnya semua yang dilakukan oleh mereka sah dan ikut lunas undang-undang,” ujarnya sambil menambah warga asing perlu membayar antara RM2,000 sehingga RM10,000 untuk masuk ke negara ini,” ujarnya.
Menurut Hishamuddin, terdapat warga asing yang memasuki negara ini secara haram dikurung antara sebulan hingga setahun namun apabila diruh membuat aduan mereka enggan melakukannya kerana takut dan tidak mempunyai dokumen yang sah.
Berikutan itu, Hishamuddin mencadangkan warga asing yang aduan dan pendedahan mengenai ejen, sindiket dan tekong yang menipu itu diberi ganjaran dengan membenarkan mangsa tinggal di negara ini antara setahun hingga tiga tahun.
Tambahnya, ia bagi membolehkan mangsa mendapat semula kerugian yang dialaminya itu dengan membenarkan mereka bekerja.
Jelas beliau, rata-rata tekong serta sindiket selalunya terlepas ketika pendakwaan di mahkamah memandangkan tidak ada saksi yang sanggup memberi keterangan.
“Dengan adanya maklumat seperti ini, kita dengan senang dapat mendakwa sindiket ini malah boleh melumpuhkan aktiviti pemerdagangan dengan sehabis baik,” ujarnya. – MalaysiaGazette
Warga asing lebih layak dapat kerakyatan Malaysia susulan talibarut tentera PKM yang ditubuhkan dan dibiayai sekian lama oleh Tanah Besar Komunis Cina sehingga 1989 pun dapat kerakyatan di negara sekangkang kera ini, kan?