Home Seni Hidup SALIXIUM kini boleh diintegrasikan terus ke MySejahtera

SALIXIUM kini boleh diintegrasikan terus ke MySejahtera

KUALA LUMPUR – MeDKAD Sdn Bhd (MeDKAD) mengumumkan inisiatif integrasinya bersama MySejahtera untuk memerangi penularan pandemik Covid-19.

Melalui kerjasama ini, konsumer yang menggunakan produk MeDKAD, iaitu kit ujian kendiri rapid antigen COVID-19, SALIXIUM COVID-19 Rapid Antigen Test (Sampel calitan Air Liur/Hidung) (SALIXIUM) boleh melaporkan keputusan dari kit ujian kendiri tersebut, samada positif, negatif atau tidak sah, kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui aplikasim mySALIXIUM yang akan disegerakkan (synced) secara automatik ke dalam aplikasi MySejahtera.

SALIXIUM adalah produk buatan Malaysia pertama dari jenisnya dan telahpun diluluskan untuk penjualan di Malaysia oleh KKM, menggunakan
teknologi immunoassay aliran lateral untuk mengesan
antigen SARS-CoV-2 dalam spesimen swab air liur dan
dinding bahagian dalam hidung.

Ia boleh digunakan oleh makmal perubatan atau pekerja kesihatan bagi ujian tempat rawatan (point-of-care) dan ujian kendiri oleh umum di rumah.

Ketua Pegawai Eksekutif MeDKAD, Ezuan Yaacob berkata, hasil ujian menunjukkan ukuran sensitiviti SALIXIUM adalah 91.23% dan ukuran spesifikasi adalah 100%, selain melepasi penilaian berdasarkan hasil ujian makmal yang dikeluarkan oleh Institute of Medical Research (IMR).”

Menurutnya, menjadi tanggungjawab pengguna untuk melaporkan keputusan ujian yang benar untuk mengelakkan sebarang kejadian yang
tidak diingini terutamanya jangkitan virus Covid-19.

Pertama sekali, pengguna hendaklah mengimbas kod unik QR di atas kotak kit ujian sebelum menggunakannya.

Selepas melengkapkan proses ini, pengguna hendaklah menangkap gambar peranti ujian serta memuat naik imej tersebut melalui aplikasi, seterusnya visi artificial intelligence (AI) akan mengesahkan hasil ujian.

Keputusan ujian pengguna sama ada positif, negatif atau tidak sah akan dikemaskini ke MySejahtera dan dilaporkan terus ke KKM.

SALIXIUM kini boleh didapati melalui kedai atas talian MeDKAD iaitu MedCart dan farmasi-farmasi yang terpilih. Berlainan daripada kit ujian kendiri yang juga telah berada di pasaran, SALIXIUM memerlukan pengguna mendapatkan dua sampel spesimen swab air liur dan bahagian dalam hidung yang meningkatkan kadar pengesanan jumlah virus atau viral load pengguna.

Kit ujian ini adalah pertahanan peringkat pertama dalam usaha untuk memerangi ancaman pandemik yang masih berlarutan dan krisis kesihatan di masa hadapan. – MalaysiaGazette