Home Nasional Covid-19: 1,062 kes ICU, 165 kematian

Covid-19: 1,062 kes ICU, 165 kematian

Seramai 1,062 pesakit dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat jangkitan Covid-19.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seramai 1,062 pesakit dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat jangkitan Covid-19.

Daripada jumlah itu sebanyak 543 memerlukan bantuan alat pernafasan, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah sebanyak 189,609 kes.

“Terdapat 165 kes kematian baharu menjadikan angka korban kini menjadi 9,024 kes,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Dr. Noor Hisham berkata, kes sembuh baharu juga mencatatkan bilangan tertinggi iaitu 11,718 menjadikan jumlah keseluruhan yang pulih daripada Covid-19 iaitu 914,639 kes.

Terdahulu, beliau memaklumkan Kes positif harian baharu Covid-19 meningkat lagi sebanyak 17,786 hari ini selepas semalam menurun kepada 16,840.

Ia menjadikan jumlah kumulatif kes tersebut kini 1,113,272 kes dan Selangor kekal mencatatkan jumlah tertinggi dengan 6,400 kes direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Covid-19: Jumlah kes harian tertinggi 17,786 kes

+ posts