Home Politik Demonstrasi #lawan agenda politik gugat kesihatan rakyat

Demonstrasi #lawan agenda politik gugat kesihatan rakyat

Mahathir Mohd Rais
Mahathir Mohd Rais

KUALA LUMPUR – Demonstrasi #lawan jelas menunjukkan sifat ketidakmatangan pihak pembangkang, selain menampakkan agenda mereka dalam mencetuskan huru-hara di negara ini.

Ini merupakan agenda politik yang boleh mengganggu-gugat keselamatan dan kesihatan rakyat.

Sedangkan sebarang ketidakpuasan hati terhadap kerajaan seharusnya diutarakan melalui saluran yang betul dan bukannya menganjurkan demonstrasi dikala frontliners kita berhempas-pulas ketika pandemik ini.

Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia Segambut, Mahathir Mohd Rais berkata, rakyat seharusnya dilindungi dalam segala sudut dan bukannya digadaikan demi kepentingan politik pihak pembangkang melalui demonstrasi yang jelas telah melanggar SOP yang dikenakan.

”Tidak bertanggungjawab, tidak beradap dan memalukan sesuai untuk menggambarkan demontrasi yang telah berlaku di negara kita semalam.

”Seharusnya semua pihak sedar bahawa usaha membendung pandemik ini bukan sahaja tanggungjawab pihak kerajaan malahan termasuk rakyat malaysia secara keseluruhannya,” katanya dalam kenyataan di sini.

Lantaran itu, beliau meminta semua pihak berhentidan beri fokus kepada usaha membenteras wabak Covid-19 ini bersama agar dapat menghentikan pandemik ini dan menjalani kehidupan seperti sedia kala. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. kurung dan tahan mereka SEMUA penganjur dalang peserta dalam wad ICU COVID supaya lihat sendiri kebenaran covid dan pengorbanan frontliner…..jika denda kompaun nanti ramailah kutip derma macam sadiq sigaragar

Comments are closed.