Home Dunia Lapangan terbang Kandahar diserang roket Taliban

Lapangan terbang Kandahar diserang roket Taliban

KABUL – Anggota kumpulan Taliban menyerang lapangan terbang Kandahar, selatan Afghanistan dengan menggunakan sekurang-kurangnya tiga roket, kata jurucakapnya sambil menambah ia dilakukan bagi menghalang serangan udara yang dilakukan tentera kerajaan negara itu.

“Lapangan terbang Kandahar disasarkan oleh kami kerana musuh menggunakannya sebagai pusat untuk melancarkan serangan udara terhadap kami,” kata jurucakap Taliban, Zabiullah Majahid kepada Reuters.

Para pegawai kerajaan Afghanistan berkta, serangan roket tersebut memaksa pihak berkuasa menggantung semua penerbangan dan sebahagian daripada landasan mengalami kerosakan.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan, kata mereka.

Para pegawai berkata, kumpulan Taliban melihat Kandahar sebagai kawasan strategik utama, yang mana ia digunakan sebagai pusat kawalan untuk menguasai sepenuhnya lima wilayah yang lain.

Pertempuran antara tentera Afghanistan dan anggota Taliban meninglkat di bandat Kandahar dan wilayah Helmand.

Di barat, para pegawai Afghanistan berkata, komander Taliban menguasai bangunan startegik di sekitar bandar Heraat untuk seketika yang menyebabkan orang awam tidak keluar rumah. – MalaysiaGazette