Home Utama Sokong atlet Malaysia, bukan kecam pemakaian, kata Zuraida

Sokong atlet Malaysia, bukan kecam pemakaian, kata Zuraida

Datuk Zuraida Kamaruddin.

KUALA LUMPUR – Pemakaian atlet wanita negara tidak sepatutnya dijadikan isu dan rakyat Malaysia tidak boleh berkompromi dengan komen-komen negatif berkenaan cara pemakaian atlet wanita, sama ada kerana pilihan peribadi, faktor keselesaan mahu pun agama.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, pada saat atlet wanita negara membuat keputusan sendiri berkenaan pakaian mereka di gelanggang, terdapat netizen telah membuat komen menghina serta menunjukkan pemikiran sempitnya.

“Komen itu telah tersebar meluas di media sosial. Azreen Nabila Alias, pelari pecut kita, seharusnya disokong dan bukannya dikecam atas pendiriannya untuk memakai hijab ketika di trek olahraga.

“Cara pemakaiannya tiada kaitan dengan prestasinya sebagai pelari pecut kebangsaan.

“Malah, semua atlet kebangsaan sepatutnya diberi ruang untuk mewakili negara, dalam apa jua pertandingan, dengan penuh keyakinan bahawa seluruh rakyat berada di belakang mereka,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Seorang netizen bernama Hugh Lawrence Zehnder dalam hantaran di Facebook miliknya semalam mempertikai dan menghina penampilan atlet wanita kebangsaan itu ketika menyertai Kejohanan Olimpik Tokyo 2020.

Semalam, seorang netizen yang bernama Hugh Lawrence Zehnder dalam hantaran di Facebook miliknya yang dipercayai mempertikai dan menghina penampilan Atlet pecut wanita negara, Azreen Nabila Alias yang menyertai acara 100 meter pada Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Malangnya komen netizen terbabit telah dipadam setelah MalaysiaGazette membuat carian hari ini susulan penghinaannya, sambil menggesa atlet bukan Melayu menggantikan tempatnya dalam kejohanan sukan antarabangsa itu.

Antara hantaran netizen itu berbunyi: “Saya tidak keberatan dia bertahan dalam jarak 100 meter tetapi saya tidak boleh bertoleransi adalah dia berpakaian berbeza daripada yang lain.

“Dia dilindungi sepenuhnya seolah-olah dia berlari semasa musim sejuk. Jika agamanya melarangnya berpakaian seperti yang lain, adalah bijaksana baginya untuk berhenti sukan

“Dia perlu menumpukan perhatian untuk menang pertandingan membaca Al-Quran dan membiarkan orang bukan Melayu mewakili negara dalam sukan ini,” katanya netizen terbabit.

Bagaimanapun fakta pada hantaran nitizen tersebut dilihat tersasar apabila pelari pecut negara itu menamatkan perlumbaan aksi kelayakan pada tempat kedua dengan catatan masa 1.77 saat yang mana ia merupakan masa peribadi terbaiknya.

Namun pelari berusia 21 tahun berasal dari Terengganu yang mara kepusingan pertama itu mengakhiri larian pada kedudukan ketujuh dengan catatan masa 11.91 saat ketika bersaing dengan atlet yang lebih berpengalaman di pentas antarabangsa. – MalaysiaGazette

3 Komen

  1. ALHAMDULILLAH…ANAK PEREMPUAN SAYA kekal dengan pakaian hijab bertudung seluar panjang kekalkan sebagai OLAHRAGAWATI SETIAP Tahun dari sekolah rendah/ STF / IPTA dan wakil Kebangsaan dan SUKMA

    SESIAPA PERJUANGKAN HUKUM AGAMA ALLAH…..ALLAH MEMBANTU DAM MELINDUNGI KITA
    AURAT WAJIB DIPELIHARA DAN SURUHAN ALLAH

Comments are closed.