KUALA LUMPUR – Himpunan ahli-ahli Parlimen pembangkang yang kecewa tidak dibenarkan memasuki Dewan Rakyat hari ini dikejutkan dengan kehadiran Pengerusi Parti Pejuang Tanahair (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad.
Kehadiran Dr. Mahathir disambut ketika Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakhiri ucapannya di Dataran Merdeka hari ini.
Ini adalah kali pertama kedua-dua pemimpin itu dilihat sepentas selepas kemelut politik pada tahun lalu yang ‘merenggangkan’ mereka.
Dr. Mahathir dalam ucapannya berkata, ia kali pertama dalam sejarah Malaysia yang mana ahli Parlimen tidak boleh pergi ke Parlimen.
“Kita lihat begitu ramai polis jaga, kita bukan penjenayah tidak payah polis jaga.
“Saya bersama parti pembangkang mendesak agar kita patut ada persidangan pada hari ini untuk membincangkan berkenaan dengan Darurat.
“Inilah kerajaan Muhyiddin yang tidak bagi kami bercakap dalam Parlimen dan juga diluar Parlimen,” katanya ketika berucap ketika berhimpun di Dataran Merdeka sebelum berarak ke Dewan Parlimen.
Dalam ucapannya, Dr. Mahathir menegaskan, kerajaan perlu selari dengan titah Yang di-Pertuan Agong dalam pada juga situasi.
“Saya harap rakyat faham mengapa kita buat pendirian ini. Secara tidak langsung negara sudah tidak ada kerajaan bila kita dapati antara Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri tidak ada satu penghormatan maka tidak boleh perintah negara ini.
“Kalau ada usul yang dibuat oleh kerajaan, usul itu mesti dapat kelulusan daripada Yang di-Pertuan Agong.
“Kalau Agong tolak maka Dewan Rakyat mesti bincang sebab penolakan dan kalau tidak ada perubahan maka Dewan Rakyat boleh patah balik kepada Agong. Kalau Agong tidak lulus selama dua bulan baru jadi Undang-undang. Tetapi ini belum pun dikemukakan ke Parlimen dibawa ke Agong dan baginda tidak bersetuju buat pengumuman seolah-olah sudah jadi undang-undang,” katanya lagi.
Hari ini Anwar mendakwa himpunan yang dibuat oleh pihak pembangkang dihadiri oleh 107 Ahli-ahli Parlimen pembangkang mahupun bebas.
Kesemua mereka kecewa apabila polis yang mengadakan sekatan jalan raya di Jalan Parlimen tidak membenarkan mana-mana Ahli Parlimen untuk memasuki Dewan Rakyat.
Dr. Mahathir turut mendakwa kerajaan Perikatan Nasional (PN) kini lebih mementingkan jawatan daripada rakyat.
“Mereka lebih tumpu kepada politik lebih daripada rakyat. Kalau rakyat mati pun tidak apa, sebab saya (Muhyiddin) jadi Perdana Menteri,” katanya lagi. – MalaysiaGazette
biasalah drama TAMIL berbelit apatah lagi HERONYA dapat pengampunan DIRAJA…jika tidak masih tidor kencing di sg buluh….hero tamil ini yg canang kegagalan menangi covid..tetapi jadi BISU PEKAK BUTA bila tempatnya dan wan azizah jadi juara COVID setiap hari dan berbulan2
Hero nilah yang cetus penDERHAKAAN pada YDPA…tanpa bersYukur terAMPUN ….menyalak GILA DAN mnecabar dimahkamah supaya Ordinan Darurat MESTI DIBATALKAN DIMANSUHKAN….MEMAKSA sidang parlimen diadakan masa covid…terbukti ada kluster Parlimen….
bila dengar berita Darurat dibatalkan makin bertambah GILA…jadi hero membantah pula.
Anwarfikun juga telah memperbodohkan YDPA dengan mencanangkan sudah ada NOMBOR EKOR majoriti menyakinkan… SEBAB UTAMA bahawa P unah H arapPAN tumbang kerana desakannya nak jadi pm