Home Sukan Liga Super: Perak FC rehatkan Yee Fatt

Liga Super: Perak FC rehatkan Yee Fatt

Chow Yee Fatt (tengah). Foto Facebook Perak FB.

KUALA LUMPUR – Perak FC mengambil keputusan untuk merehatkan ketua jurulatih, Chong Yee Fatt ekoran prestasi hambar yang ditampilkan dalam saingan Liga Super musim ini.

Perkara ini diumumkan oleh pihak kelab menerusi laman media sosial rasmi pasukan apabila pihak pengurusan memberi tanggungjawab untuk mengendalikan pasukan kepada penolong jurulatih, Shahril Nizam Khalil.

Menurut kenyataan itu, mereka yakin dengan kemampuan Shahril Nizam untuk mengendalikan pasukan dimana beliau telah berada bersama skuad The Boss Gaurus sejak 2017.

Yee Fatt dibawa masuk bagi menggantikan ketua jurulatih sebelumnya, Mehmet Durakovic yang meninggalkan pasukan pada awal musim ini.

Di bawah bimbingan Yee Fatt, Perak hanya mampu mencatat tiga kemenangan, empat seri dan sembilan kekalahan sekaligus menduduki tangga ke-11 dan berdepan kemungkinan tersingkir ke saingan Liga Perdana musim hadapan.

Pada masa yang sama, Perak juga sedang mengarakan rundingan dengan dua pemain import mereka iaitu Careca dan Leandro Dos Santos agar kekal bersama pasukan serta menarik semula laporan yang telah dibuat kepada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA). – MalaysiaGazette