KUCHING – Mereka yang bercadang untuk meletakkan iklan ucapan tahniah kepada Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg sempena ulang tahun kelahiran yang ke-71 esok, diminta tidak berbuat demikian sebaliknya menyalurkan dana untuk iklan kepada Tabung Bencana COVID-19 Negeri.
Pejabat Ketua Menteri dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa ramai kenalan rapat telah menyatakan hasrat untuk menyampaikan ucapan Selamat Hari Lahir kepada Abang Johari.
“Dalam hal ini, beliau (Abang Johari) menghargai kebaikan dan ingatan semua tapi beliau telah menyatakan hasrat agar mereka tidak meletakkan iklan tetapi menyalurkan sumbangan kepada Tabung Bencana COVID-19 Negeri,” katanya.
Beliau mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak keenam pada 13 Jan 2017 berikutan penyandang terdahulu Tan Sri Adenan Satem meninggal dunia pada 11 Jan tahun sama. – MalaysiaGazette