Home Nasional Tidak sesuai bina Lapangan Terbang Kulim sekarang – Ramasamy

Tidak sesuai bina Lapangan Terbang Kulim sekarang – Ramasamy

P. Ramasamy

GEORGE TOWN – Pengumuman pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) oleh Kerajaan Negeri Kedah semalam dianggap tidak sesuai pada masa ini, tegas Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Dr. P. Ramasamy.

Jelas Ramasamy, beliau tidak membantah pembinaan lapangan terbang terbabit, namum projek bernilai tinggi itu bukan menjadi keperluan utama memandangkan rakyat sedang bergelut dengan pandemik Covid-19.

“Pandemik Covid-19 menyebabkan tahap kesihatan serta ekonomi rakyat semakin merosot ditambah pula dengan penderitaan orang ramai tiada pekerjaan mengapa projek sebegini diutamakan?

“Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor harus memandang serius kebajikan dan kesejahteraan rakyatnya daripada memberi tumpuan kepada perjanjian dengan syarikat.

“Kerajaan Negeri Kedah sebelum ini tidak dapat menyelesaikan hutang bekalan airnya kepada kerajaan pusat selain gagal menyediakan peluang pekerjaan yang mencukupi dan berfaedah hingga memaksa rakyatnya mencari pekerjaan di Pulau Pinang serta negeri-negeri lain,” katanya dalam satu kenyataan menerusia  Facebook rasminya hari ini.

Dalam perkembangan sama, Ramasamy mendakwa disebabkan Muhammad Sanusi gagal mengancam Pulau Pinang dengan isu bekalan air, Menteri Besar Kedah itu mungkin menjadikan pembinaan lapangan terbang baru itu sebagai hukuman yang setimpal kepada Pulau Pinang.

“Adakah ia bertujuan untuk mencabar Lapangan Terbang Pulau Pinang?

“Saya berharap projek lapangan terbang baru di Kedah itu tidak membebankan rakyat,” ujar beliau.

Semalam media tempatan melaporkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) yang dijangka siap sepenuhnya pada 2026 mampu mengubah imej dan status Kedah kepada sebuah negeri berkembang maju.

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, projek tersebut juga dijangka memainkan peranan utama dalam beberapa cabang industri penerbangan, menjadi hab industri halal dan e-dagang termasuk produk farmasi serta pelbagai kategori kargo di rantau Asean.

Menurutnya, lapangan terbang itu akan menjadi hab baik pulih industri penerbangan dan pusat operasi bencana serantau berdasarkan kedudukannya di tengah-tengah rantau Asia Tenggara. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Lapangan Terbang Kulim TIADA KEPERLUAN tapi PROJEK PULAU BUATAN PULAU PINANG dan TEROWONG DASAR LAUT BERKEPERLUAN… That is why there is a saying, IF you are encoutered by RAMASAMY and tje KING COBRA, you SHOULD KILL RAMASAMY FIRST…

Comments are closed.