Home Politik Tok Mad, Najib, Ku Li hadir sidang media Zahid

Tok Mad, Najib, Ku Li hadir sidang media Zahid

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi 'ditemani' beberapa pemimpin tertinggi dan Ahli Parlimen UMNO ketika mengadakan sidang media  berhubung pendirian parti tidak mempertahankan kerajaan Perikatan Nasional (PN) hari ini.

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ‘ditemani’ beberapa pemimpin tertinggi dan Ahli Parlimen UMNO ketika mengadakan sidang media  berhubung pendirian parti tidak mempertahankan kerajaan Perikatan Nasional (PN) hari ini.

Antara pemimpin yang turut serta semasa sidang media yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook dan Youtube iaitu timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan; Pengerusi Jemaaah Penasihat UMNO Malaysia, Datuk Seri Tengku Razaleigh Hamzah dan Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional, Datuk Seri Najib Razak.

Turut Kelihatan, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub; Datuk Seri Azalina Othman Said yang juga Timbalan Speaker Dewan Rakyat dan Tan Sri Noh Omar.

Ahmad Zahid juga memaklumkan beberapa lagi ahli Parlimen UMNO menyokong keputusan parti namun tidak hadir kerana berada di kawasan masing-masing.

Terdahulu, sidang media itu dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki.

Sidang media tersebut diadakan bagi menyatakan sebulat suara bahawa UMNO menarik balik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional dan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku perdana menteri.

Keputusan itu diumumkan oleh beliau yang merupakan Presiden UMNO selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang berlangsung pukul 4 petang tadi. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Muhyiddin hilang majoriti, surat akuan sokongan sudah dihantar ke Istana – Zahid