Home Seni Hidup Vietnam, Maldives dan Laos sertai kursus kendalian AMSAS

Vietnam, Maldives dan Laos sertai kursus kendalian AMSAS

Antara modul dalam Kursus “International Interdiction Boarding and Inspection Course” yang dikendalikan oleh AMSAS.

KUANTAN – Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) berjaya menganjurkan kursus peringkat antarabangsa  dengan disertai Vietnam, Maldives dan Laos.

Kursus  International Interdiction Boarding and Inspection Course (IIBIC) 2021 itu dikendalikan sepenuhnya secara dalam talian selama tiga hari bermula pada 27 hingga 29 Julai lalu.

Kusus dijalankan selama tiga hari secara atas talian melibatkan peserta dari negara Vietnam, Maldives dan Laos

Pengarah AMSAS, Laksamana Pertama Maritim, Rozali Mohd Said menyempurnakan dengan majlis penutupannya berpuas hati dalam kerjasama yang jitu oleh semua peserta dari negara yang terlibat.

“Keupayaan AMSAS mengendalikan kursus sejak mendapat pengiktirafan oleh Kementerian Luar Negeri (KLN), hasil kerjasama dengan Malaysian Technical Cooperation Programme (MTCP) sejak 16 Oktober 2020.

“Kursus penggeledahan ini telah ditawarkan kepada semua negara Asia melalui KLN dan MTCP Malaysia di mana penyertaan mensyaratkan kepada pegawai atau anggota yang mempunyai latar belakang dalam mengendalikan penggeledahan serta tangkapan di lapangan negara masing-masing.

ARTIKEL BERKAITAN :

Aida cipta sejarah pegawai memerintah kapal wanita pertama negara

Maritim rampas empat kilogram syabu dalam bot kayu

Maritim Malaysia gagalkan cubaan menyeludup keluar 110 kg daun ketum

“Pelaksanaan kursus yang dijalankan ini adalah menepati serta selari dengan bidang kerja Maritim Malaysia yang memberi penekanan kepada operasi penggeledahan dan pemeriksaan kapal dan bot di laut,” katanya menerusi kenyaatan media hari ini.

Tambah Rozali, usaha AMSAS melangkah ke hadapan dalam penganjuran kursus peringkat antarabangsa secara dalam talian relevan terutamanya di era pandemik Covid-19. – MalaysiaGazette